Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M)


Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), adalah inisiatif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) khusus untuk membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah atau yang kurang berkemampuan selaras dengan program-program yang menjana transformasi kerajaan pada masa ini atau pakej bantuan kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pelaksanaan program i-TR1M ini juga diharapkan dapat memperkasakan lagi penggunaan NetBook 1Malaysia yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar terpilih kerana sebahagian besar program i-TR1M dikendalikan secara online.
Program i-TR1M boleh dijadikan sebagai usaha tambahan dalam memulihkan kelemahan pelajar-pelajar terpilih di samping usaha gigih yang telah dilaksanakan oleh guru-guru mereka di dalam kelas. Adalah diharapkan program ini boleh memberikan impak yang besar kepada meraka dan seterusnya merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar kurang berkemampuan berbanding kumpulan pelajar yang lebih berkemampuan.


OBJEKTIF
Program i-TR1M adalah bertujuan untuk memberi kelas bimbingan tambahan atau tuisyen kepada pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi membolehkan pelajar-pelajar berkenaan meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti di samping membudayakan dan memperkasakan penggunaan ICT dalam pembelajaran serta kehidupan seharian di kalangan pelajar terlibat.
Program iTR1M juga boleh menambahkan contact hour pelajar dengan guru.
Menambahkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menguasai pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti khususnya untuk menghadapi peperiksaan.
Jurang pencapaian di antara pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan berada akan dapat dikurangkan.
Secara tidak langsung program i-TR1M juga dapat membantu pihak sekolah dalam memberikan bimbingan tambahan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang lemah dan usaha ini tentunya akan dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian akademik sekolah.

sila klik ke www.unicliq.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

.