Komputer anda menjadi lembab?


Beberapa panduan asas punca-punca yang menyebabkan komputer anda menjadi lembab. Antaranya ialah :-

1. Processor memang dah lembab.
Processor menunjukkn berapa pantas kerja yangg boleh dilakukan bagi sesebuah komputer. Kalau processor dah lembab, tak guna buat benda lain lagi nak bagi laju. Oleh tu pemilihan kepala komputer (processor) ni penting masa mula-mula kita nak beli pc ataupun laptop.


2.Ram kecil.
Ram adalah memory storage yang benarkan berapa banyak memori dipindahkan dalam satu masa. Maknanya kalau capacity ram tu kecil pemindahan data pun jadi perlahan. Pemilihan ram dan processor mestilah selari. Processor yang tingi perlukan ram yg besar. Oleh tu upgrade la ram anda semaksimum yang processor anda mampu support.


3. Malware / Virus.
Virus adalah musuh utama pengguna internet. Virus mengganggu sistem windows dan jadikan komputer kita lembab. Cara yg terbaik untuk elakkan virus adalah update antivirus anda setiap hari. Scan juga komputer anda setiap hari. Tak kira jenama antivirus apa yg anda pakai, gunalah versi “Internet Security” supaya protection tu lebih. Dan jangan guna free version punya. Keluar duit sikit utk full protection kan lebih berbaloi-baloi.


4. Running antivirus/program.
Komputer akan menjadi slow semasa kita scan degann antivirus. Elakkan menggunakan komputer semasa scanning in progress. Begitu juga dengan program-program yang lain yang sedang running. Tak payah pelik sekiranya komputer anda menjadi kura-kura semasa antivirus atau program lain tengah berjalan

5. Terlalu banyak program.
Install software yg terlalu banyak pon boleh jadikan komputer jadi perlahan. Lebih-lebih lagi kalau saiz software tu besar-besar belaka. 'Instal' lah software yang anda rasakan perlu sahaja. Remove software yang dah tak digunakan.


6. Data dah serabut.
Menggunakan komputer untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan data-data dalam komputer bertambah setiap masa. Cache, cookies, history, registry, junk file yg dah tak diperlukan perlu di 'remove'. Data-data yang berlambak perlu disusun. Maintenance untuk tingkatkan performance komputer anda diperlukan. Solutionnya, anda boleh gunakan software pt Tuneup Utilities, Diskeeper, Registry Mechanic,  CCleaner dan lain2 lagi. Ataupun anda boleh buat defragmentation secara manual utk penyusunan data-data.

Mungkin juga ada sebab-sebab lain lagi yang boleh buatkan komputer kita jadi slow. Tapi kalau laptop kita slow, rujuk dulu kat atas ni sebelum buat spekulasi benda-benda lain. Komputer slow tak bermaksud terus kena format. Kita perlu amalkan punca kat atas tu, maintenance laptop selalu. Kerap format komputer pon boleh merosakkan hardisk. Oleh tu seboleh-bolehnya kita kurangkan format komputer ni. Semak point-point kat atas tu dulu. Kalau dah lembab jugak barulah format.

read comments Read User's Comments

Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M)


Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), adalah inisiatif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) khusus untuk membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah atau yang kurang berkemampuan selaras dengan program-program yang menjana transformasi kerajaan pada masa ini atau pakej bantuan kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pelaksanaan program i-TR1M ini juga diharapkan dapat memperkasakan lagi penggunaan NetBook 1Malaysia yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar terpilih kerana sebahagian besar program i-TR1M dikendalikan secara online.
Program i-TR1M boleh dijadikan sebagai usaha tambahan dalam memulihkan kelemahan pelajar-pelajar terpilih di samping usaha gigih yang telah dilaksanakan oleh guru-guru mereka di dalam kelas. Adalah diharapkan program ini boleh memberikan impak yang besar kepada meraka dan seterusnya merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar kurang berkemampuan berbanding kumpulan pelajar yang lebih berkemampuan.


OBJEKTIF
Program i-TR1M adalah bertujuan untuk memberi kelas bimbingan tambahan atau tuisyen kepada pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi membolehkan pelajar-pelajar berkenaan meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti di samping membudayakan dan memperkasakan penggunaan ICT dalam pembelajaran serta kehidupan seharian di kalangan pelajar terlibat.
Program iTR1M juga boleh menambahkan contact hour pelajar dengan guru.
Menambahkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menguasai pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti khususnya untuk menghadapi peperiksaan.
Jurang pencapaian di antara pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan berada akan dapat dikurangkan.
Secara tidak langsung program i-TR1M juga dapat membantu pihak sekolah dalam memberikan bimbingan tambahan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang lemah dan usaha ini tentunya akan dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian akademik sekolah.

sila klik ke www.unicliq.com

read comments Read User's Comments

Peraturan Makmal Komputer SK Nami

Peraturan Makmal Komputer

1      Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.

2      Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

3      Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.

4      Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

5      Pelajar dilarang melaraskan pengdingin hawa.

6      Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.

7      Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.

8      Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

9     Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.

10         Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.

11         Tidak dibenarkan membawa liquid paper.

12         Dilarang membuat bising di dalam makmal.

13         Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi  unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.

14         Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.

15         Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.

16         Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.

17         Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh guru.

18         Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.

19         Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku   log komputer.

20         Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

read comments Read User's Comments

Senarai Nama Pengawas ICT 2014

Nama Pengawas ICT 2014
1.

read comments Read User's Comments

Selamat Datang

Selamat Datang
Ke Laman Blog
Unit ICT
Sekolah Kebangsaan Nami
www.ictsknami.blogspot.com

read comments Read User's Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

.